Jika Anda Ingin Belajar Membina Minisite, Website Syarikat, Website eCommerce (Shopping Cart), dan Blog untuk tujuan melebarluaskan empayar perniagaan anda secara online, di sinilah tempatnya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Terdapat begitu banyak cara untuk hasilkan website. Ada yang gunakan html editor seperti NVU,  Frontpage, dreamveawer, dan lain-lain untuk hasilkan website dari layuot scracth (layout kosong), ada yang gunakan Custom Script PHP,   ada yang gunakan open source CMS (Content Management System seperti Drupal, Joomla, WordPress, PHPNuke dan sebagainya).. Tapi apakah cara yang paling mudah, yang sesuai untuk sesiapa sahaja untuk hasilkan website seperti yang dikehendaki mengikut kesesuaian produk dan perkhidmatan anda?”


“Bedasarkan pengalaman membina laman web dan menganjurkan kursus website, kami punya formula dan rahsia sendiri untuk dikongsikan kepada anda cara yang paling mudah untuk hasilkan website idaman anda seterusnya boleh terus mula menjana pendapatan pertama anda dari web yang dibina”.

Mohd Saleh Maksud – Tenaga pengajar.

“Ya memang benar… Buat website sebenarnya mudah dan tidak lah sesukar mana yang anda sangkakan.. atau anda alami. Ini kerana anda tak pernah jumpa KAMI”.

“Kini sesiapa sahaja mampu hasilkan website yang punya pelbagai fungsi mengikut perniagaan anda, malah eCommerce pun boleh. Jangan RISAU LAGI jika anda kurang mahir dalam IT & Komputer kerana ia sememangnya untuk semua! Semua pasti hasilkan web di akhir kursus.”

Shahrin Kadri – Tenaga Pengajar.

Kami memahami bahawa anda dari pelbagai latar belakang perniagaan. Ada yang buat affiliate, ada yang nak jual produk fizikal seperti tudung, tshirt, aksesori dan tak kurang juga yang nak buat website untuk syarikat sendiri…

Kami buat kesimpulan dan kategorikan website yang ingin dipelajari oleh peserta adalah seperti berikut:

1. Minisite.

misite11 minisite31 minisite21

Biasanya peserta yang buat bisnes affiliate atau ada produk sendiri yang tak banyak item/kategori. Mereka lebih berminat untuk mengetahui cara buat minisite.

Ini kerana, minisite dirasakan lebih mudah dan sesuai dengan produk mereka yang tidak banyak jenis. Bagi yang buat affiliate pula, mereka biasanya akan buat ulasan tentang produk affiliate yang disertai seterusnya capture mailing list dari minisite tersebut.

2. Website Syarikat.

website1 website2 website3

Ramai juga peserta yang sudah menjalankan perniagaan secara offline dan ingin melebarluaskan pasaran mereka dengan internet. Pengguna kini semakin bijak. Jika mereka suruh webmaster buat website, kerja mungkin mudah..tapi itu bukan penyelesaian jangka panjang yang bijak.

Ini kerana mereka tidak bebas untuk update kandungan dan terpaksa bergantung dengan websmaster yang mana terpaksa membayar caj perkhidmatan untuk setiap kali upadate kandungan.

Mereka kini ingin jimatkan kos dan ingin fully 100% uruskan website perniagaan sendiri.

3. Website eCommerce.

ecommerce1 ecommerce2

Bagi peserta yang ada banyak item, produk atau perkhidmatan.. mereka inginkan website eCommerce supaya dapat memudahkan urusan jual beli.

Website ecommerce ini juga ada banyak jenis. Apa yang penting adalah ianya ringkas, mudah untuk diuruskan dan pengguna dapat faham cara browsing produk, cara belian dan bayaran.

Ya.. Kami gunakan sistem ecommerce yang paling mudah dalam kursus. Ini kerana apabila peserta mudah faham maka mudahlah kerja kami.. Peserta kursus gembira..kami apatah lagi..!

1. Medium Komunikasi Yang BAIK. Anda mendahului orang lain dalam proses menyampaikan maklumat dan idea sendiri kepada para pelanggan. Ia dapat disampaikan dengan pantas dan respond yang diperolehi juga pantas. Dalam dunia hari ini anda golongan yang ketinggalan jika tidak dapat menerima dan mengakses sesuatu maklumat dengan pantas!

2. Membina reputasi yang baik. Anda boleh menerangkan tentang latar belakang dan pengalaman anda dalam bidang berkaitan. Jika anda mungkin baru menceburkan diri dalam bidang tersebut, anda boleh sahaja membina reputasi dengan cara membina hubungan yang baik dengan prospek dan pelanggan melalui medium komunikasi website, blog atau menjalankan email campaign dari autoresponder.

3. Jimatkan kos. Harga pasaran untuk upah satu website yang simple pun dalam lingkungan harga RM800. Kalau Ecommerce dan organisasi kerajaan/korporat, harga dari RM1200 hingga  berpuluh ribu pun ada.

4. Dapat menguruskan sepenuhnya website tanpa bergantung kepada webmaster. Ini sangat penting kerana anda bebas untuk ‘update’ maklumat dengan pantas,  melakukan rombakan jika perlu dan yang paling penting anda dapat mengimplimentasi apa juga strategi jualan di website dengan pantas pada bila-bila masa.

5. Boleh menambah satu lagi sumber pendapatan dengan mengambil upah membina website. Ia sangat mudah dilakukan dan menguntungkan. Apa yang penting adalah tahu ilmu bagaimana menghasilkannya.

Harga pasaran untuk minisite sekitar RM300-500, website korporat RM1200 dan eCommerce RM1800 dan keatas. Ini sangat lumayan dan permintaan memang sangat tinggi. Cuba banyangkan, sambil-sambil tengok buletin utama dan cerekarama anda boleh buat website dan dapat RM1500.

6. Anda juga boleh kembangkan lagi ilmu dengan membuka kelas mengajar membina website. Pengalaman kami dalam mengendalikan kursus website ini, semua peserta semenangnya sangat dahagakan ilmu membina website kerana mereka sedar akan nilai ilmu tersebut. Kaedah yang kami gunakan memang mudah di praktik oleh sesiapa sahaja…

Eh..ye ke? Anda mungkin terfikir, ada ke orang nak pergi menghadiri kursus anda, sedangkan anda orang baru, tidak glamour dan bukan seorang jutawan internet.

Ya kami juga seperti anda.. kami bukan jutawan dan tidak pernah berminat untuk menunjukkan statement bank kami. Tak ada gunanya pun statement bank kami walau berjuta kepada ada. Apa yang anda perlukan hanya kaedah yang paling mudah untuk anda hasilkan website, betul?

Ok cuba kita fikir sekejap.. Apa bezanya kursus buat website bersama seorang jutawan dengan kami atau anda yang tak berapa nak jutawan?.

Jawapannya HARGA & Prestige. Ilmu yang disampaikan adalah sama (dengan syarat anda mesti kuasai ilmu buat website sepenuhnya).. kalau anda tengok website jutawan-jutawan internet pun lebih kurang sama juga macam website orang lain juga…betul tak? Ia samalah senarionya mengundang Dato Siti Nurhaliza Menyanyi lagu NEGARAKU dengan Adibah Nor. Lagunya sama, suaranya pun boleh kata sama sedap, tapi kenapa bayarannya berbeza? Sudah tentuhanya kerana NAMA!

Cuba Pertimbangkan Senario Ini:

Anda boleh buka seberapa banyak kedai di internet sebab kedai di internet adalah website.

Sumber Pendapatan. Pendapatan bulanan.
Pekerjaan Tetap AndaMakan Gaji RM3,500
Laman Web Jualan 1 -produkaffiliate RM2,000
Laman Web Jualan 2 -jual produk 1 (Cth: Ebook) RM1,000
Laman Web Jualan 3– jual produk 2 (Cth: MLM) RM1,500
Laman Web Jualan 4 – jual produk 3 (Cth: Jual Kek) RM1,000
Laman Web Jualan 5– jual produk 4 (Cth: Servis buat website, kursus kristal, insuran, unit trust dll ) RM2,500
Laman Web Jualan 6– Pengiklanan (google Adsense, Pay Per Lead, dll) RM500
Jumlah Pendapatan: RM12,000
  • Ya buka kedai di internet semudah duduk di kedai kopi berwifi, buka laptop dan click-click siap!
  • Kalau 1 kedai hasilkan purata sebulan 2K, kalau ada 5 kedai..wow 10K belum di tambah dengan gaji bulanan pekerjaan anda lagi.
  • Mungkin Jumlah diatas sedikit, tetapi ia adalah nilai yang paling realistik dan tidak mustahil untuk dicapai.
  • RM12K je? Mungkin ia sedikit bagi sesetengah anda, tapi bagi orang lain ia Lebih Dari Cukup!(kalau lebih tu simpan la). Takperlu lihat orang lain, Lihat keperluan anda sendiri.
  • Paling PENTING!– Modal sangat-sangat-sangat-sangatlah kecil… Pelaburan untuk menuntut ilmu hasilkan website ini sangat berbaloi kerana nilai ROI (Return Of Investment) yang sangat tinggi.. beribu-ribu kali ganda..
  • Paling Menyeronokkan– Income masuk tanpa anda tunggu. 

Anda boleh dapat angka jauh lebih besar bergantung kepada usaha dan teknik marketing yang betul.



1. Anda akan dapat HASILKAN web (minisite, website syarikat/korporat/organisasi, website eCommerce) sepertimana yang anda inginkan mengikut kesesuaian perniagaan anda. Ini kerana kesemuanya akan anda pelajari nanti.

2. Jumlah peserta kecil. Penyertaan dihadkan 5-10 orang untuk setiap sesi dengan 3 orang tenaga pengajar. Ia adalah sangat ekslusif ibarat personal coach dengan pengajar sentiasa ada disebelah anda.

3. Tiada agenda tersembunyi. Kalau agenda negara tak apa  :lol: .. Ini agenda untuk besarkan network sendiri (Contoh MLM, atau apa-apa je la..). Disini anda memang totally belajar website, malah kami sarankan yang terbaik & jimat kos untuk peserta. Bukan apa, ada juga peserta kursus yang dah pergi kursus di tempat lain sebelumnya kemudian mereka datang pula ke kursus saya disebabkan tidak berpuas hati.

4. Website yang dihasilkan cantik, professional dan punya pelbagai fungsi. Bukan yang biasa-biasa.

5. Dapat mempelajari asas photoshop untuk website (Fungsi Slicing, Image Optimizing, Image Cropping, Animation Button & Banner.

6. Dapat mempelajari asas HTML. Kebanyakan kursus yang lain mengabaikan pelajaran asas ini. Pengatahuan tentang kod html adalah sangat penting. Ia adalah perkara yang paling asas dalam website. Ia umpama pelajaran menulis dan membaca di sekolah tadika. Tanpa pengetahuan ini, mana mungkin anda dapat ke peringkat sekolah menengah apatah lagi universiti, master, phd dan seterusnya PAKAR?

7. Mempelajari Asas cPanel. cPanel adalah aplikasi untuk menguruskan hosting seperti add on domain, sub domain, membuat database, buat akaun email, dan sebagainya.

8. Anda akan menerima CD, Modul dalam Hard Copy dan SUPPORT berpanjangan selepas kursus.

Mengetahui tentang persamaan, perbezaan, fungsi dan kegunaan antara minisite, website dan blog.

Menyesuai dan mengoptimumkan antara minisite, website dan blog untuk kegunaan kegunaan perniagaan.

Mempelajari asas Photoshop untuk hasilkan dan optimize grafik pada website supaya dapat meningkatkan imej perniagaan peserta.

Mempelajari asas coding HTML dan hasilkannya dengan html editor Microsoft Frontpage.

Menunjukkan secara terperinci langkah-langkah teknikal supaya di akhir kursus, peserta dapat meghasilkan minisite, website dan blog sendiri.

Dapat menghasilkan website ecommerce dengan fungsi penerimaan bayaran automatik supaya perniagaan lebih teratur, efisyen dan urusniaga 24jam.

Dapat menguruskan website anda sendiri. Ini bermaksud, peserta bebas untuk mengubah suai kandungan tanpa perlu bergantung pada webmaster dengan caj yang mahal lagi.

  • Peserta akan melakukan praktikal sepanjang kursus. Hand out disediakan.
  • Peserta akan diajar menggunakan aplikasi ‘open source CMS‘ untuk menghasilkan website.
  • Peserta akan diajar beberapa setting utama seperti contact form, eCommerce, image gallery,
  • Peserta akan menggunakan Perisian Frontpage, untuk hasilkan kod html.
  • Peserta diberikan 5 design template dan customise menjadi laman web perniagaan anda.
  • Komunikasi 2 hala. Peserta bebas untuk bertanya apa juga soalan pada pengajar.

Soalan – Apa itu open source CMS?

CMS adalah aplikasi pengurusan kandungan website yang dijalankan diatas web itu sendiri. Ia adalah umpama sebuah operating system yang mana anda dapat melakukan kerja-kerja megisi kandungan gambar, text, video dan apa juga yang anda inginkan diatas os tersebut untuk menghasilkan kandungan website dan terus memaparkannya di internet.

Ini bermakna ia sangat memudahkan walaupun anda tahu langsung tentang code HTML. Walau bagaimanapun pengetahuan HTML dapat lebih membantu dari segi customize layout website seperti yang diinginkan.

Pernahkan anda lihat logo-logo disebelah ini. Semuanya adalah contoh aplikasi CMS.

Aplikasi CMS yang paling popular adalah joomla, wordpress, dan drupal. Yang lain tu agak kurang digunakan disebabkan memerlukan ilmu pengetahuan pemprograman yang tinggi dan oleh kerana itu ia kurang dibangunkan oleh programmer.

Soalan – Adakah berbaloi saya hadiri kursus ini?
Ya, Sudah pasti berbaloi-baloi. Lihat perbandingan kursus ini dengan beberapa penganjur yang lain.

 

Modul Kursus:

Kursus yang ditawarkan ini adalah terbahagi kepada 3 Modul.

Modul 1 – Mempelajari Asas cPanel.

  • Pengenalan kepada cPanel & dan fungsi-fungsi asas.
  • Cara masuk ke cPanel.
  • Create database.
  • Create Add On domain
  • Create sub domain
  • Create new folder
  • File Manager.
  • Create password folder untuk tujuan keselamatan fail-fail download.
  • Membuat akaun email @domainanda

Modul 2 – Membina Website dengan Content Management System (CMS) – Open Source Application

  • Install ke tapak domain.
    • Cara install di direktori utama
    • Cara install pada folder folder berlainan.
  • Pengendalian back end application (admin area)
    • Cara install template.
    • Cara install plugin.
    • Cara set up menu dan link.
    • Cara memasukkan kandungan, text, gambar, video, galeri dan lain-lain.
    • Cara menguruskan kandungan dengan mudah – (menguruskan kategori).
    • Membuat Setting static page (Contoh web ini – kursusweb.net).
    • Membuat Setting dinamic page (Contoh web ini kursusweb.net/blog/).
    • Configure menu dan link-link antara page, link dalam page yang sama, dan link dengan website luar.
    • Cara customize website template open source CMS seperti grafik header, footer background supaya lebih personalized.
    • Membuat setting Ecommerce dan ‘configure’ produk, kategori, harga, diskaun, payment gateway dan fungsi-fungsi lain mengikut keperluan perniagaan peserta.
    • Membuat integrasi dengan akaun facebook dan twitter.
    • Membuat setting ‘automatic news update’ – maksudnya apabila anda update sesuatu kandungan baru, ia akan automatik terpapar di bahagian tertentu muka surat hadapan.

Modul 3 – Asas grafik Photoshop untuk website.

Perisian photoshop adalah perisian grafik yang sangat powerfull. Selain digunakan untuk editing forografi dan industri percetakan, ia juga digunakan untuk website.. Fungsi photoshop terlalu banyak dan modul ini hanya asas untuk menghasilkan beberapa komponen dalam website.

  • Mempelajari asas tools dalam photoshop.
  • Buat text effect.
  • Editing Image (croping, shading rotating dll)
  • Mempelajari cara optimized image supaya cepat di load di website.
  • Mempelajari cara buat button & banner animation (Berkelip-kelip)
  • Membuat grafik transparent untuk disesuaikan dengan apa juga warna latar belakang website.

Walaupun 3 Modul ini dah cukup lengkap, saya tambah 1 lagi Modul BONUS!

Modul 4 – Pemasaran.

Istilah pemasaran sangat luas. Dalam modul ini pemasaran dirujuk sebagai cara untuk mendapatkan seberapa banyak traffik ke website dan dengan itu dapat meningkatkan jualan.

  • Teknik Google Adword
  • Teknik laman pengiklanan di laman web percuma dan berbayar.
  • Teknik Viral Marketing dengan “social network” Facebook & Twitter & Youtube.
  • Teknik SEO supaya laman web di rangking tertinggi enjin carian.

Pergi ke google dan buat carian kata kunci dibawah:
kursus web, buat web mudah,buat web sendiri, buat website percuma, buat web, belajar website, belajar buat web

Website ini terpapar di muka surat pertama dari jutaan webite yang diindex oleh google. Lihat print screen dibawah.

Teknik pemasaran dalam modul 4 ini bernilai RIBUAN RINGGIT! (Adword – RM90, Teknik Marketing di Facebook & Twitter – RM190, Teknik Video – perisian pun berharga ($900), Teknik SEO – Khidmad konsultansi dan setting RM300-RM1500.

Kami berikan percuma untuk anda! – IA TIDAK TERDAPAT DI MANA-MANA kecuali DISINI!

Dengar apa kata sahabat kita…


Kursus diadakan di pejabat kami di Wangsa Maju. Ruang pejabat kami tersedia ruang bilik seminar, ruang berdikusi, bilik solat, pantry dan tandas.

bilikseminar1 bilikseminar2 bilikseminar3

Ruang bilik hanya untuk 12 orang peserta kursus. Jumlah peserta yang kecil memastikan pembelajaran yang lebih efisyen dan tumpuan yang optimum untuk setiap peserta.

Internet kelajuan tinggi.

Kemudahan lain.

Pantry Surau Tandas

Alamat:27-1 Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur.
Google Map:
View Kursus Website Kuala Lumpur in a larger map
Gambar di Lokasi.

 

Sebelah Restoren Shabistan, Tingkat 1.

Bagaimana Ke Lokasi dengan Pengangkutan Awam?

Jika anda menaiki kenderaan awam, LRT adalah terbaik. Dari stesen KL Central, menuju ke LRT Sri Rampai. Ia adalah stesen terdekat dengan tempat kursus. Jaraknya hanya 1.0KM.

Dari stesen LRT Sri Rampai, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke tempat kursus. Tambangnya RM4


Ok.. Apa yang anda kira?

1. Adakah  Masa?

Masa takkan lapang jika anda tidak melapangkannya. kami dah bantu anda jimat masa. Kursus ini hanya 1 hari. Cukup ke 1 hari untuk belajar? Ya.. cukup, sebab kami gunakan method aplikasi CMS (Content Management System). Ianya cara yang jauh lebih mudah dari anda belajar buat website menggunakan Perisian NVU, Frontpage apatah lagi Dreamweaver.

2. Adakah Wang?

Kami percaya anda bukanlah berkira sangat tentang wang, tetapi keperluan yang semakin meningkat. Semua barang pun harga naik. Segala macam perkara semua perlu duit!. Ya saya sangat faham itu sebab itu yuran ini hanya RM390.00. Anda boleh cari di google dan rata-rata yang gunakan CMS caj pada kadar RM480-800, malah RM800 pun ada..

Kenapa saya beri yuran MURAH?

    • Sebab kami tak perlu sewa tempat seminar. Pejabat kami memang dah sedia dengan bilik seminar.
    • Kami tak perlu tanggung fix cost untuk anjurkan kursus ini. Orang lain mungkin terpaksa tinggikan yuran untuk cover fix cost ini. Mereka kena tanggung risiko penyertaan yang sedikit.

3. Adakah keyakinan?

Ok kami tak nak mempengaruhi keyakinan anda dengan janji-janji manis di bibir.. ho ho ho.. Memadai anda buat penilaian tentang 1. Modul, 2. Harga, 3. Masa, 4. Contoh web yang anda dapat buat adalah seperti website kami ini (kursusweb.net)

Mungkin cerita sahabat kita ni boleh anda jadikan kayu pengukur…

Dengar cerita sahabat kita nie…

 

Ikhlas dari kami…

~Saleh & Shahrin~

Ps:

  • Insya’allah kami berikan terbaik untuk anda.
  • Anda akan dapat membina website yang 100% siap + fungsi ecommerce diakhir kursus jika anda dah siapkan semua content sebelum hadir kursus.
  • Anda jimat masa. Anda tak perlu buang masa anda yang sangat berharga untuk 2 hari. Cukup 1 hari kerana kami ajarkan kaedah aplikasi CMS yang paling mudah untuk hasilkan website. Sebab itu satu hari pun dah cukup siap dengan belajar basic HTML dan juga Photoshop.
  • Anda Jimat Wang. RM390 memang sangat MURAH untuk kursus website dengan Aplikasi CMS. Kami ingin sahut seruan kerajaan utk semua orang buat bisnes di internet dan beri peluang ramai orang untuk mempelajarinya termasuklah pelajar.
  • Anda tak perlu bonus-bonus lain seperti ebook yang boleh anda dapat percuma dari mana-mana sebab tujuan utama anda adalah belajar website.. Tapi kalau anda mahu juga bonus-bonus ebook seperti yang ditawarkan oleh orang lain.. ya kami ada koleksi 80 ebook bermacam tajuk dan kami berikan percuma untuk anda jika mahu.
  • Ya… anda boleh klik sini untuk sertai kursus… kita jumpa di Wangsa Maju…

Stop Copying Plugin made by VLC Media Player